Thursday, 26 December 2013
Peribadi Hebat!
Peribadi hebat sememangnya ingin dimiliki oleh semua orang..namun,
bagaimanakah untuk memiliki peibadi yang hebat?ini adalah tip yang boleh kita amalkan agar dapat memiliki peribadi yang hebat..
Sedar hakikat hidup-Solat mampu menyedarkan kita akan kehidupan didunia.Ia sekaligus
meningkatkan kesedaran siapa sebenarnya diri kita dihadapan Allah
SWT Yang Maha Kuasa.Justeru,rajinkanlah diri kita untuk tunaikan
solat kerana ia adalah kewajipan setiap umat islam.
Hati dan lidah seiring-Apabila kita berbicara hal yang baik,hati juga mesti sama dengan
apa yang kita katakan.Rasulullah SAW bersabda:"Tidak lurus
(istiqomah)iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus dan
hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya."(Riwayat Ahmad)
Tanam keyakinan kepada Allah-Ramai yang mengaku adanya Allah,tetapi ramai juga
yang tidak yakin.Bagi membentuk keyakinan,lihat dan
renungkan ciptaan Allah.Jika ada ciptaan,Sudah pasti
ada pemiliknya.Nabi Muhammad SAW bersabda:"Allah
menyebut:'Aku berada diatas sangkaan hamba-hambaKu,
dan aku bersama mereka apabila mereka mengingati-Ku."
(Riwayat Muslim)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment