Wednesday, 25 December 2013

Mencintai RASULULLAH S.A.W



  • MENCINTAI-Rasulullah S.A.W sangat mencintai kita.Buktinya,sebelum kewafatan Nabi          SAW,baginda SAW menyebut"Ummati,Ummati,"(Umatku).Ini jelas menunjukkan betapa Rasulullah ingat kepada umatnya meskipun Rasulullah tidak pernah berjumpa dengan kita.
  • KESEMPURNAAN IMAN-Mencintai Rasulullah menandakan sempurnanya iman kita sebagai seorang Muslim.Nabi SAW bersabda:"Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih disayangi daripada kamu menyayangi kedua ibu bapamu dan manusia seluruhnya."
  • JASA-Baginda SAW memperkenalkan siapa Tuhan kepada kita.Tanpa Rasulullah,kita munkin terus dalam keadaan sesat dan tidak mengenal Allah SWT.
  • PENGORBANAN-Kisah perjuangan Nabi SAW sewaktu di Taif.Baginda bermandi darah kerana hendak menyampaikan ajaran islam.Meskipun malaikat meminta untuk membalas perbuatan penduduk Taif,Rasulullah tidak membenarkannya.Betapa mulianya pekerti Baginda sehingga sanggup menggunakan hartanya demi berjuang menyampaikan dakwah islam kepada  kita umat akhir zaman.
  • BERJAYA DARI SEGALA SUDUT-Kehebatan Rasulullah sudah terserlah sejak kelahiran Baginda sehinggalah dewasa.Kita dapat lihat daripada orang biasa,Rasulullah menjadi orang yang paling berpengaruh sekali kerana berjaya mengembangkan agama yang terhebat di dunia.Bahkan Baginda SAW merupakan ahli pernigaan yang berjaya dan pemimpin yang disegani.
  • AKHLAK MULIA-Akhlak Rasulullah adalah sempurna.Baginda tidak pernah melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah SWT.Adab dan perilaku Baginda sesama manusia juga sangat tinggi.Kita tidak mampu menjadi sebaik Rasulullah,namun kita pelu berusaha untuk mencontohi Baginda SAW.
~Rasulullah SAW merupakan Nabi terakhir.Tidak akan ada Nabi sesudah Rasulullah SAW.Perjuangan dan kasih Nabi terhadap umatnya terlalu tinggi...~

No comments:

Post a Comment