Thursday, 26 December 2013

Amalan Sewaktu Bangun Tidur


       ~Mengusap wajah dengan tangan."Rasulullah bangun dari tidur kemudian 
    duduk sambil mengusap wajahnya dengan tangan."(Riwayat Muslim)

         ~Membaca doa.Rasulullah SAW apabila bangun tidur baginda berdoa yang               bermaksud:"Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami
 setelah ditidurkan-Nya dan kepada-Nya kami dibangkitkan."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

               ~Menggosok gigi atau bersiwak.Apabila menggosok gigi,kita akan merasa lebih         segar.Malah mulut kita juga tidak berbau busuk.Nafas kita juga segar.
    "Adalah Rasulullah,Apabila bangun malam lalu membersihkan mulutnya
  dengan bersiwak atau menggosok gigi."(Riwayat Bukhari dan Muslim)

                     ~Beristinthar atau menyuci hidu"Apabila bangun dari tidur,maka berristintharlah tiga  kali kerana sesungguhnya syaitan bermalam di batang hidung."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

~Cuci kedua-dua tangan sebanyak tiga kali."Bila salah seorang diantara 
         kamu bangun tidur,janganlah menyelamkan tangan kedalam bekas,sebelum
 menyucikan tangan sebanyak tiga kali."(Riwayat Bukhari dan Muslim)

No comments:

Post a Comment