Peribadi hebat sememangnya ingin dimiliki oleh semua orang..namun, bagaimanakah untuk memiliki peibadi yang hebat?ini adalah tip yang boleh kita amalkan agar dapat memiliki peribadi yang hebat.. Sedar hakikat hidup-Solat mampu menyedarkan kita akan kehidupan didunia.Ia sekaligus meningkatkan kesedaran siapa sebenarnya diri kita dihadapan Allah SWT Yang Maha Kuasa.Justeru,rajinkanlah diri kita untuk tunaikan solat kerana ia adalah kewajipan setiap umat islam. Hati dan lidah seiring-Apabila kita berbicara hal yang baik,hati juga mesti sama dengan apa yang kita katakan.Rasulullah SAW bersabda:"Tidak lurus (istiqomah)iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya."(Riwayat Ahmad) Tanam keyakinan kepada Allah-Ramai yang mengaku adanya Allah,tetapi ramai juga yang tidak yakin.Bagi membentuk keyakinan,lihat dan renungkan ciptaan Allah.Jika ada ciptaan,Sudah pasti ada pemiliknya.Nabi Muhammad SAW bersabda:"Allah menyebut:'Aku berada diatas sangkaan hamba-hambaKu, dan aku bersama mereka apabila mereka mengingati-Ku." (Riwayat Muslim)
1.BERSUCI ADA BEBERAPA PERKARA IATU: 1.Bersuci dengan menggunakan air. 2.Bersuci dengan tanah yang bersih. 3.Bersuci dengan benda-benda yang kesat.
2.AIR TERBAHAGI KEPADA DUA IATU:
Air yang turun dari langit
Air yang keluar dari perut bumi
Contoh Tiga Jenis Air Yang Turun Dari Langit Ialah:
1.Air Hujan
2.Air Salji
3.Air Embun
Contoh Empat Jenis Air Yang Keluar Dari Perut Bumi Ialah:
1.Air Laut
2.Air Sungai
3.Air Telaga
4.Air Mata Air
APA ITU AIR MUTLAK? Air mutlak ialah air yang suci dan boleh menyucikan kita.Air ini boleh disifatkan sebagai air mutlak walaupun sudah berubah disebabkan sudah lama ditinggal,berubah disebabkn lumut atau tanah dan bertakung.. Jadi,kita boleh mengambil wuduk dan bersuci dengan air laut,air hujan, air salji,air embun,air sungai,air telaga dan air mata air. Sekiranya kita berada di pantai,kita boleh mengambil wuduk dengan air laut.Kita juga boleh mengambil wuduk di sungai sekiranya sedang berkhemah di dalam hutan atau tempat reaksi..semuanya suci dan boleh menyucikan.
AIR PAIP DALAM KATEGORI MANA? Air paip adalah air suci dan boleh menyucikan.Air paip datang dari empangan dan disalurkan ke rumah-rumah untuk kegunaan harian.Jadi,air paip boleh digunakan untuk berwuduk dan bersuci.,,